Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada sahabat-sahabat yang dirahmati dan dikasihi Allah SWT sekalian.
Pertamanya saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana saya telah dibukakan hati dan diberikan kekuatan oleh-Nya untuk melibatkan diri dalam dunia blog, menyertai sahabat-sahabat blogger saya yang lain untuk manfaat pada jalan kebaikan dan semulia-mulia jalan kebaikan itu adalah menyampaikan risalah dan ajaran Islam kepada masyarakat secara amnya dan kepada sidang pembaca sekalian khususnya.
Matlamat dan harapan untuk menyampaikan seruan Islam tidak dapat dicapai sekadar menerusi ceramah dan khutbah tetapi melalui pelbagai bidang serta potensi yang ada termasuklah laman blog. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa segala potensi dan kemampuan yang kita ada atau miliki, perlu digunakan untuk kepentingan Islam dan dakwah Islamiah.
Firman Allah Ta’ala: "Serulah mereka ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik serta bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu adalah Yang lebih mengetahui siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." (An-Nahl: 125)
Sehubungan itu, marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT disamping sentiasa bermuhasabah diri agar kita sentiasa dalam keadaan sedar dan jelas akan tujuan sebenar kita diciptakan di atas muka bumi ini serta peranan dan tanggungjawab kita sebagai makhluk yang diciptakan oleh-Nya. Moga-moga kita semua berada dalam lindungan rahmat-Nya, amin.
Tunjuk ajar, nasihat, teguran dan segala macam bentuk bantuan yang lain daripada sahabat-sahabat amatlah saya alu-alukan agar dalam meniti kehidupan yang penuh ranjau dan liku ini serta dalam membawa tanggungjawab menyampaikan risalah kebaikan, saya sentiasa berada pada jalan yang betul, berada dalam batas-batas agama, yakni jalan perjuangan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW melalui al-Hadis dan as-Sunnah serta Allah SWT melalui a-Quran al-Karim.
Akhir kata, moga-moga blog "Ashabul Kahfi" ini juga dapat menjadi medium penyampaian risalah Islam serta medium perkongsian pandangan dan buah fikiran kita semua yang bermanfaat dalam segala bentuk aspek, kepada diri dan dalam kehidupan kita. InsyaAllah.
Wallahualam bishawab